THE EARTH
it's a home
Friday, 30 March 2012
Monday, 26 March 2012
Pemanasan Global
Apa itu pemanasan global?
Pemanasan global
boleh ditakrifkan sebagai peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi
secara global yang disebabkan oleh aktiviti manusia dan juga secara semula jadi
(www.google/pemanasan_global.com ).
Pemanasan
global adalah satu istilah yang menunjukkan kenaikan purata suhu bumi yang
kemudiannya menyebabkan perubahan dalam iklim dunia ( artikel IATPI ).
Pemanasan
global adalah satu proses peningkatan suhu purata atmosfera, laut dan daratan bumi.
Intergovernmental Panel on Climate Change ( IPCC ) dalam kajiannya mengatakan
bahawa suhu purata global permukaan bumi telah meningkat 0.74 ± 0.18 ˚C ( 1.33
± 0.32 ˚F ) selama seratus tahun terakhir. IPCC juga menyimpulkan bahawa “
sebahagian besar peningkatan suhu puruta global sejak pertengahan abad ke-20
disebabkan oleh peningkatan gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui
efek rumah hijau/rumah kaca”. Penyataan ini telah dikemukakan oleh 30 badan
ilmiah dan akademik termasuk semua akademik sains nasional dan negara-negara
G8, tetapi ianya masih tidak dipersetujui oleh beberapa ilmuan ( wikipedia_pemanasan
global ).
Pemanasan
global adalah satu kejadian di mana suhu purata atmosfera, lautan, dan juga
daratan bumi. Bumi pada hari ini sedang menghadapi pemanasan yang cepat. Menurut para ahli meteorologi, salama 100
tahun terakhir purata suhu bumi telah meningkat dari 15˚C kepada 15.6˚C yang
mana 10 tahun terhangat terjadi selepas tahun 1980 dan 3 tahun terpanas teradi
selapas tahun 1990. Menurutnya lagi,
jika dilihat secara kuantitatif nilai peerubahan suhu purata bumi ini adalah
kecil tetapi dampaknya adalah sangat luar biasa terhadap lingkungannya.
Bagaimanakah pemanasan global berlaku?
Pada
asalnya, apabila bahangan matahari masuk ke dalam atmosfera bumi, sebahagian
besar daripadanya akan sampai ke permukaan bumi, manakala sebahagiannya lagi
akan diserap, diserak dan ditapis di lapisan atmosfera, dan sebahagian lagi
akan dipantulkan semula ke luar bumi. Proses
yang berlaku ini akan menyeimbangkan suhu di permukaan bumi. Tetapi, disebabkan oleh berlakunya gangguan
secara besar-besaran dalam proses ini akibat aktiviti manusia dan juga secara
semula jadi, maka ketidakseimbangan suhu permukaan bumi purata telah berlaku
secara global. Pertambahan gas-gas rumah
hijau contohnya seperti, Kloroflorokarbon (CFC ) dan gas karbon monoksida yang
berbahaya, hasil sumbangan daripada aktiviti manusia seperti perindustrian
inilah yang menjadi salah satu faktor ketidakseimbangan suhu yang berlaku.
Gas-gas ini telah menambahkan kadar kepanasan di dalam bumi dengan menghalang
bahangan matahari dan bahangan bumi daripada dipantulkan keluar dari bumi, lalu
menyebabkan suhu purata permukaan bumi meningkat, dan akhirnya menyebabkan
pemanasan global berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)