Monday, 26 March 2012

Tambatuon.....a place you must go






Pemanasan Global



Apa itu pemanasan global?

Pemanasan global boleh ditakrifkan sebagai peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global yang disebabkan oleh aktiviti manusia dan juga secara semula jadi (www.google/pemanasan_global.com ).

Pemanasan global adalah satu istilah yang menunjukkan kenaikan purata suhu bumi yang kemudiannya menyebabkan perubahan dalam iklim dunia ( artikel IATPI ).

Pemanasan global adalah satu proses peningkatan suhu purata atmosfera, laut dan daratan bumi. Intergovernmental Panel on Climate Change ( IPCC ) dalam kajiannya mengatakan bahawa suhu purata global permukaan bumi telah meningkat 0.74 ± 0.18 ˚C ( 1.33 ± 0.32 ˚F ) selama seratus tahun terakhir. IPCC juga menyimpulkan bahawa “ sebahagian besar peningkatan suhu puruta global sejak pertengahan abad ke-20 disebabkan oleh peningkatan gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui efek rumah hijau/rumah kaca”. Penyataan ini telah dikemukakan oleh 30 badan ilmiah dan akademik termasuk semua akademik sains nasional dan negara-negara G8, tetapi ianya masih tidak dipersetujui oleh beberapa ilmuan ( wikipedia_pemanasan global ).

Pemanasan global adalah satu kejadian di mana suhu purata atmosfera, lautan, dan juga daratan bumi. Bumi pada hari ini sedang menghadapi pemanasan yang cepat.  Menurut para ahli meteorologi, salama 100 tahun terakhir purata suhu bumi telah meningkat dari 15˚C kepada 15.6˚C yang mana 10 tahun terhangat terjadi selepas tahun 1980 dan 3 tahun terpanas teradi selapas tahun 1990.  Menurutnya lagi, jika dilihat secara kuantitatif nilai peerubahan suhu purata bumi ini adalah kecil tetapi dampaknya adalah sangat luar biasa terhadap lingkungannya.  


Bagaimanakah pemanasan global berlaku?


Pada asalnya, apabila bahangan matahari masuk ke dalam atmosfera bumi, sebahagian besar daripadanya akan sampai ke permukaan bumi, manakala sebahagiannya lagi akan diserap, diserak dan ditapis di lapisan atmosfera, dan sebahagian lagi akan dipantulkan semula ke luar bumi.  Proses yang berlaku ini akan menyeimbangkan suhu di permukaan bumi.  Tetapi, disebabkan oleh berlakunya gangguan secara besar-besaran dalam proses ini akibat aktiviti manusia dan juga secara semula jadi, maka ketidakseimbangan suhu permukaan bumi purata telah berlaku secara global.  Pertambahan gas-gas rumah hijau contohnya seperti, Kloroflorokarbon (CFC ) dan gas karbon monoksida yang berbahaya, hasil sumbangan daripada aktiviti manusia seperti perindustrian inilah yang menjadi salah satu faktor ketidakseimbangan suhu yang berlaku. Gas-gas ini telah menambahkan kadar kepanasan di dalam bumi dengan menghalang bahangan matahari dan bahangan bumi daripada dipantulkan keluar dari bumi, lalu menyebabkan suhu purata permukaan bumi meningkat, dan akhirnya menyebabkan pemanasan global berlaku.